Rabu, 5 Disember 2018

AISAH BINTI AHMAD SUTAN

AISAH BINTI AHMAD SUTAN
SB 170604899

KAEDAH MENGAJAR BAHASA MELAYU
ESEB 4314




“Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang. Bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.” 

“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari wajahnya tapi kecantikan sesungguhnya dari seorang wanita tercermin dari jiwanya. Kepedulian untuk memberikan semangat yang selalu ia tunjukkan. Kecantikan wanita bertumbuh dari tahun ke tahun.” 

“Kecantikan seorang wanita, tidak dilihat dari wajahnya, fisiknya, apalagi dari pakaiannya. Tapi lihatlah dari matanya. Wanita yang sederhana, teguh, berwawasan, setia, mandiri, jujur, berakhlak baik, berprinsip, sungguh menyenangkan melihat bola matanya. Begitu menawan. Begitu membawa kedamaian bahkan walau dengan tampilan yang sangat bersahaja.” 




KOLEKSI SIMPULAN BAHASA BERGAMBAR








LATIHAN, AKTIVITI DAN KUIZ SIMPULAN BAHASA

LATIHAN DAN AKTIVITI SIMPULAN BAHASA




VIDEO SIMPULAN BAHASA

https://youtu.be/nhe_k3WWUhc

https://youtu.be/1FUtxFQulz0

https://youtu.be/jHBo3k4LuG4


https://youtu.be/NaSPlfSNw98

https://youtu.be/apGaVrcyY90
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu 
SIMPULAN BAHASA

SMK MEROTAI BESAR, TAWAU

Tarikh/ Hari : Isnin
Masa : 8.00 – 9.00 Pagi
Kelas : Tingkatan 1 Usm
Bil. Pelajar : 25 Pelajar
Topik : Simpulan Bahasa
Standard Pembelajaran : Murid Memahami Dan Memberi Respon Tentang Simpulan Bahasa.
Objektif Pembelajaran :
Pada Akhir Pembelajaran Pelajar Dapat :
1)    Memahami Maksud Simpulan Bahasa
2)    Mengetahui Contoh Simpulan Bahasa
3)    Menbuat Aktiviti Di Dalam Kelas Dengan Berkesan
Strategi : Tugasan Individu Dan Berkumpulan
Konsep : Memahami Simpulan Bahasa Dan Contoh Dan Jenis Ayat
ABM :
1.     Buku Teks
2.     Buku Rujukan
3.     Projector
4.     Komputer
5.     Pendrive
6.     Video
7. Kertas kerja
Nilai : Kerjasama, Tanggungjawab,
Kemahiran : Teknik Bacaan Simpulan Bahasa Yang Betul
Pengetahuan Sedia Ada :
Pelajar Sudah Mengetahui Simpulan Bahasa
Masa
Standard Pembelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan


Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Set Induksi

10 Minit
Memahami Maksud Simpulan

Mengetahui Contoh Simpulan Bahasa
Guru Menerangkan Kepada Murid Tentang Maksud Simpulan Bahasa

Guru Mengajukan Soalan Kepada Murid Mengenai Simpulan Bahasa Yang Murid Ketahui


Membaca Maksud Simpulan Bahasa Secara Individual




Abm
Buku Teks
Buku Rujukan





Perkembangan
1

15 Minit


Memahami Maksud Ayat Simpulan Bahasa



Guru Memperkenalkan Kepada Murid Mengenai Simpulan Bahasa Melalui Video Youtube.
 - 
Guru Memberikan Soalan Mengenai Video Yang Murid Mengenai Simpulan Bahasa.

Guru Memberi Murid Aktiviti Secara Individu.



Murid Melihat Video Dan Menumpukan Perhatian.

Murid Menjawab Soalan Guru Mengenai Simpulan Bahasa.

Seperti Contoh Simpulan Bahasa Yang Murid Lihat Daripada Video Youtube Tersebut.

Murid Menjawab Aktiviti Secara Individu.


Abm

Laptop
Projektor
Pendrive
Kertas Kerja

Perkembangan
2
15 Minit


Perbincangan
Di Dalam Berkumpulan Mengenai Aktiviti Yang Guru Berikan Di Dalam Kelas

Guru Memberikan Soalan Pemahaman Kepada Murid






Murid Menjawab Soalan Pemahaman Yang Guru Berikan Di Dalam Kelas.

Murid Dibahagikan Dalam 1 Kumpulan.

Seramai 2 Atau3 Orang Pelajar Untuk Satu Kumpulan.

Abm

Kertas Kerja

Penutup
10 Minit

Ulasan Guru
Dan Tugasan Untuk Murid.

Guru Meminta Murid Membuat Nota Ringkas Mengenai Simpulan Bahasa Sebagai Rujukan.

Ringan Tulang
Maksud: Orang Yang Rajin Berkerja
Contoh Ayat
Amir Sangat Disayangi Oleh Ayahnya Kerana Dia Seorang Yang 
Ringan Tulang.

Setiap Kumpulan Murid Menulis Di Papan Tulis Contoh Simpulan Peribahasa Yang Mereka Ketahui Bersama Contoh Ayat

Guru Merumuskan Hasil Pengajaran Dan Pembelajaran

Guru memberikan laman youtube
sebagai contoh kuiz simpulan bahasa sebagai rujukan.

https://youtu.be/-tc7AYA602g

Murid Membuat Nota Ringkas Mengenai Simpulan Bahasa.

Menulis Di Papan Tulis Secara Secara Berkumpulan Untuk Rujukan Pelajar Lain.
Murid Menulis Simpulan Bahasa Dan Contoh Ayat Yang Bersesuaian.

murid boleh melihat sumber rujukan kuiz di youtube.

https://youtu.be/-tc7AYA602g

 Abm
Papan Tulis
Marker Pen

SIMPULAN BAHASA

Simpulan Bahasa

  • Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.
  • Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.

  • Senarai simpulan bahasa beserta dengan maksudnya adalah seperti yang berikut :

Simpulan BahasaMaksudnya
ada anginberkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
ada hatimempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu
air mukarupa atau wajah seseorang
ajak-ajak ayamtidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang
ada bakatmempunyai tokoh atau perwatakan
alas perutmakanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan
anak angkatanak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
anak bapaanak yang disayangi oleh bapa
anak buahorang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara
anak emasanak yang disayangi oleh ibubapa atau ketuanya
angkat kakimeninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
atas anginnegara-negara di sebelah barat
atas pagartidak menyebelahi mana-mana pihak
ayam tambatanorang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan
bahasa pasarbahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya
banyak mulutorang yang banyak cakap
batu apiorang yang suka menghasut
batu loncatansesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati
bau-bau bacangtali persaudaraan yang jauh
bawah anginnegara-negara di sebelah timur
bekas tanganhasil kerja tangan seseorang
beralih akalberubah fikiran atau pendapat
beralih anginpergi ke sesuatu tempat untuk berehat
berat hatienggan; malas
berat mulutpendiam dan tidak suka bercakap banyak
berat tulangorang yang malas bekerja
berat sebelahtidak berlaku adil
berbelah bagisukar untuk membuat keputusan
berhati batudegil dan sukar menerima nasihat
berhutang budipatut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga
bermuka duatidak jujur
bertikam lidahbertengkar ; berdebat
besar hatibergembira atau berbangga akan sesuatu
besar kepaladegil; sukar menerima pandangan orang lain
buah hatiorang yang dikasihi atau dipuja
buah mulutsesuatu yang menjadi perbualan orang ramai
buah tanganhadiah yang dibawa ketika melawat seseorang
bulat hatibersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad
buruk sikumengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain
buta hatitidak dapat menerima pengajaran; zalim ; kejam
cahaya mataanak
cakar ayamtulisan yang buruk
campur tanganturut serta atau mencampuri urusan orang lain
cari jalanberusaha atau ikhtiar melakukan sesuatu
cepat tangansuka mencuri
dalam tangansudah pasti diperoleh
darah daginganak kandung
durian runtuhkeuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka
gaji butamendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh
gelap matahilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta
harga dirimaruah atau kehormatan seseorang
harga matiharga tetap yang tidak dapat ditawar lagi
hati batudegil atau keras hati
hidung tinggisombong atau tinggi diri
hilang akaltidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri
ikat perutmenahan lapar kerana berjimat
iri hatimenyimpan perasaan dengki atau cemburu
isi hatiperasaan dalam hati
jalan buntutidak ada jalan penyelesaian
kacang hantuorang yang jahat dan suka mengganggu orang lain
kaki ayamtidak berkasut atau berselipar
kaki bangkutidak berkebolehan bermain bola
kaki botolsuka minum minuman keras
kecil hatiberasa tersinggung atau merajuk
kepala anginperangai yang tidak menentu
kepala batudegil dan tidak mendengar nasihat
kera sumbangorang yang tidak suka bergaul dengan orang lain
khabar anginberita yang belum tentu benarnya
langkah kananbernasib baik
langkah seribucepat-cepat lari kerana ketakutan
lidah bercabangkata-kata yang tidak boleh dipercayai
lipas kudungcepat membuat kerja
lintah daratmengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan
makan anginbersiar-siar untuk berehat
makan suapmenerima rasuah
malu-malu kucingberpura-pura malu di hadapan orang
mandi peluhbekerja kuat
mati katakmati dengan sia-sia
membabi butamelakukan sesuatu tanpa berfikir
membawa diritahu menjaga diri
membuka jalanmemberi laluan kepada orang lain
membuka tembelangmenceritakan keburukan seseorang kepada orang lain
memeras otakterlalu kuat berfikir atau belajar
menarik diritidak turut serta; meletak jawatan
mencari jalanberusaha melakukan sesuatu
mencuci matagembira memperhatikan sesuatu yang indah
mencuit hatilucu; menggelikan hati
mengabui matacuba memperdaya; menipu
mengadu dombamemperlagakan seseorang untuk memecah belahkan persahabatan dan sebagainya
mengambil anginbersiar-siar untuk berehat
mengambil beratmemberi sepenuh perhatian
mengambil hatidapat memikat atau mempengaruhi
mengasah bakatlatihan untuk mengembangkan bakat
muka temboktidak berasa malu
mulut muraikuat bercakap atau berbuat bising
mulut tempayantidak dapat menyimpan rahsia
murah hatisuka menderma, tidak kedekut
naik anginterlalu marah
nyawa-nyawa ikanhampir-hampir mati
orang atasanorang yang berpangkat tinggi
otak cairpintar atau bijak
otak keringkurang siuman
otak udangbebal atau bodoh
paku belandabarangan yang tetap harga
panas hatimeradang atau marah
panjang tangansuka mencuri
pasang telingamendengar dengan teliti
pekak badakkurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat
pembasuh mulutmakanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi
perang mulutpertengkaran
pilih kasihmemberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai
pisau cukurperempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki
puteri lilintidak tahan terkena panas matahari
putih hatiikhlas; jujur
putih matamengalami kekecewaan
rabun ayampenglihatan kurang jelas
rambang matasukar membuat pilihan
ringan tangansuka membuat kerja; menolong orang
sampai hatitergamak melakukan sesuatu kerja
serkap jarangmembuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa
tangan terbukamenyambut sesuatu dengan senang hati
tangkai jeringorang yang kedekut
tawar hatitidak mempunyai minat lagi
tebal mukatidak tahu malu
telinga kualitahan hati menerima kemarahan
telinga lintahtajam pendengaran
telinga nipiscepat marah atau meradang
terang hatimudah memahami sesuatu
tidur-tidur ayamtidur yang tidak nyenyak
tin kosongbercakap besar tanpa ilmu
titik peluhhasil usaha yang bersungguh-sungguh

AISAH BINTI AHMAD SUTAN